Review Pendek 176 Template Story Telling | SEO Algo Fixed

Ini merupakan review pendek 176 Template Story Telling.

Ok ebook ni datang dalam 2 part.

Part pertama adalah Ebook Menulis Story Telling

  • Ebook 48 page
  • Habis dibaca dalam setengah jam
  • Banyak gambar, bacaan berat boleh jadi santai

Part kedua adalah satu fail yang mengandungi 176 Template cara nak buat story telling

Penulis dah sediakan 176 template cara nak update facebook. Setiap satu template ni mewakili jenis bisnes yang dilakukan. Kemudian setiap template, mengandungi 4 jenis template emosi.

  • Emosi Kelakar
  • Emosi Sedih
  • Emosi Takut
  • Emosi Marah

Maknanya, anda boleh pelbagaikan status update. Template ni adalah status update yang boleh anda guna. Cuma perlu edit sikit – sikit ikut bisnes anda. Contoh anda buat service jual hartanah atau insurans, sudah tersedia template (status update) yang anda boleh guna.

Dengan cara ni, tak banyak pun anda kena edit sebab template ni dah sesuai sangat dengan bisnes anda. Macam saya membeli sebab salah satu template yang ada dalam 176 ni.

Sebenarnya kalau teknik story telling ni, bukan benda baru bagi saya. Sebab sejak 2016 lagi saya dah gunakan teknik ni. Cuma kadang – kala ilmu dah lama belajar, ada skill yang dah lama tinggal, jadi bila ada skill baru kita asahlah balik. Sentiasa ada room for improvement kata mat saleh.

Kegunaan Teknik Story Telling

Untuk menjual tentunya. Tetapi menggunakan pendekatan softselling dan kaedah bina brand.

Haa.. selalunya anda dengar kalau nak buat brand kita dikenali, kena on fb ads hari – hari.

Tujuannya supaya orang kenal brand kita. Contohlah, anda teringin nak makan ayam goreng segera. Dah tentu ayam kfc yang akan orang fikirkan.

Andai anda dapat bina brand umpama kfc, pasti brand anda power

Tempat nak bina brand paling kos rendah tetapi satu Malaya kenal, dah tentu fb ads

Cumanya nak kena ada duit lebih kalau nak bina brand guna facebook.

TAPI bila adanya template ni, anda boleh bermula untuk bina brand di facebook secara percuma.

Untuk info, saya sendiri membrandkan diri sebagai Pakar SEO Malaysia melalui perkongsian di grup fb dan personal status sahaja. Jadi apabila member group yang bertanya tentang service seo dan sebagainya, saya selalu di tag didalam group di fb.

Malah job – job seo saya, semuanya melalui facebook secara percuma 100%.

Konsep saya bekerja mudah, saya tidak pandai buat website design walaupun sebenarnya itu permintaan dan PM tertinggi yang saya terima. Biasanya saya akan hubungkan dengan senarai webdesigner dan bagi client pilih yang mana satu portfolio yang client berminat.

Ambil untung atas angin HARAM. Jadi saya memang tak ambil apa – apa komisyen. Sebagai balasan, bila ada job seo mereka pass balik kepada saya.

Win – win..

Salah satu sebabnya, tidak ramai Pakar SEO di Malaysia ni, jadi designer ni mereka pass balik job seo kepada saya. Ni antara kaedah zero kos marketing dengan bina kepercayaan each other.

Kalau nak cerita pasal zero kos marketing ni, memang ada banyak dan cabang.

Kalau kaedah story telling, biasanya tak perlu sampai nak bayar ads melainkan anda ada duit.

Tapi biasanya orang kita guna ads sebab nakkan conversion segera

Nak bina brand awareness kira keluar modal terbakar dan tak boleh nak harapkan pulangan dalam masa singkat.

IniLAH Kelebihan Teknik Story Telling

Ia boleh bantu anda

  • Jual Barang
  • Brand Awareness
  • Percuma
  • Orang Tak Ignore / Menyampah
  • Bina Kredibiliti

Dan didalam Ebook 176 Template Story Telling TUNJUKKAN CARANYA untuk lakukannya secara percuma.

Jom Tonton 2 Video Cara Hack Facebook Algo Supaya Posting Menjual Naik Ke Newsfeed

Btw 2 video ni saya nak anda tengok BUKTI saya buat teknik story telling tahun lepas ( lepas raya haji 2018). Ia sebenarnya juga adalah bonus yang anda akan terima sekiranya mendapatkan Ebook 176 Template Story Telling dari LINK INI.

Tapi saya berikan 2 video tu secara percuma supaya anda mudah faham tentang teknik story telling yang saya lakukan.

Hasil dari kempen ini, saya berjaya hasilkan 6 jualan pada hari pertama dan dalam seminggu ia terus menerus ranking di newsfeed. Total 215 email subscriber dan 83 jualan video panduan chatbot marketing dalam masa seminggu.

Video panduan tu dalam 10 video dan saya jual pada harga RM20. Kali 83 unit sudah menjadikan minggu tersebut pulangan sebanyak RM1660. Semuanya dilakukan secara percuma di facebook dengan teknik story telling.

Ini merupakan review pendek ebook 176 template cara buat story telling.

Kalau minat nak baca versi panjang dengan lebih mendalam. Kelebihan, kekurangan dan cara nak atasi kekurangan tu,

Jom Baca Review Penuh Ebook Cara Menulis Story Telling

Review Pendek 176 Template Story Telling
|

Ini merupakan review pendek 176 Template Story Telling. Ok ebook ni datang dalam 2 part. Part pertama adalah Ebook Menulis Story Telling Ebook 48 page Habi

Editor's Rating:
0