Review Ebook Menulis Storytelling Dan Bonus | SEO Algo Fixed

Review Ebook Menulis Storitelling ni asalnya abam tulis di facebook. Tapi bila jadi lebih panjang, maka ada baiknya abam masukkan didalam blog. Tetapi konsep story telling yang di ajar didalam ebook cara tulis storytelling ini mengajarkan kaedah guna cara percuma dengan buat promosi di facebook status. Jadi sebagai pembeli abam rasa terpanggil untuk review sesuatu produk yang sangat baik dan bagus untuk penulis – penulis blog di Malaysia.

Dulu abam ada beli satu ebook, seingat abam last abam beli ebook tahun lepas. Tapi tak baca habis sebab penulis susun 1 pdf 1 tajuk. Penat den nak bukak tutup, bukan 1 pdf tapi banyak.

2 hari lepas den beli ebook lagi, kali ni about penulisan. Banyak penulisan yang boleh improved dan ilmu tu tak setakat tu aje. Maksud abam, walaupun abam dah menulis macam makan nasi, tetapi masih ada room for improvement..

Everyone does, perlu tajamkan skill mereka. Skill abam sendiri dah berkarat.. haha..

So harini abam nak story tentang review ebook menulis storytelling

|

Pasal gaya penulisan santai di fb personal dan grup.. Benda ni abam ada sentuh dalam salah satu course yang namanya teknik double barrel. Btw abam bukan nak jual course ni pun..

Supaya kefahaman pembaca jadi mudah.

Situasinya, kalau abam cerita pasal ebook yang abam beli ni; abam kena buat “perbandingan” supaya pemahaman anda pembaca jadi lebih mudah hadam. Kalau tiada perbandingan, nanti pembaca tak tahu apakah tahap bagus dan tahap kurengnya sesuatu content ebook ni.

Ebook ni adalah a part of copywriting. Copywriting adalah seni menjual melalui pendekatan direct tetapi menggunakan bahasa yang santai dan buat orang nak tahu lebih. So ia part of ilmu copywriting, tetapi copywriting adalah tajuk besar.

Kalau ebook yang abam beli ni, dia adalah copywriting juga, tetapi dia lebih sesuai bagi yang tak tahu buat copywriting.. Mungkin anda baru 1st time nak belajar copywriting. Dan belum dapat kuasai ilmu tersebut.

Jadi anda boleh bermula dengan part yang kecil dahulu. Part yang kecil ni namanya “story telling” yang bunyi macam lebih rumit tetapi sebenarnya, lebih mudah diaplikasikan. Kelebihannya tak perlu terlalu ikut skema atau format.

Cuma masalah bagi produk berbentuk ebook adalah tak ramai orang kita minat membaca. Bila ebook, mereka membayangkan buku tebal yang entah bila nak habis.

Berbanding format yang lebih diminati trend masa kini adalah bahan pembelajaran dalam format video. Lebih mudah hadam dan nampak “semua proses” pembelajaran berbanding menggunakan text dan gambar.

TETAPI semasa abam rasa berat nak cuba baca ebook ni, dan abam buka juga di pagi ahad yang damai. Abam baca dalam setengah jam dah habis. Ehh cepatnya.

Agak advanced ilmunya dalam ebook 48 page ini

48 page dalam masa setengah jam! Biar betul..

Basically ebook ni banyak gambar dan content tak macam baca novel atau buku kewangan yang anda suka. Novel anda baca, isinya hanya text sahaja, 5 page setengah jam. Tiba – tiba teringat zaman remaja dulu abam memang jenis suka baca novel, hehehe.

Last pergi pesta buku antarabangsa beli 7 buku.. 2 buku je habis baca.. lain semua duduk kat rak.. berhabuk.. lol.

Ebook ni, text dia pendek – pendek perpage dan ada gambar. Hampir setiap page ada gambar dan yang last beberapa page tu gambar sahaja.

Dari sudut penyampaian ilmu, walaupun bunyinya “berat” tapi penulis berjaya sampaikan ilmu storytelling ini dalam keadaan santai.

Tapi sebenarnya waktu 1st abam beli ebook ni, bukan sebab ebook tu sendiri. Tetapi cuma 1 contoh template dari 100+ template yang penulis sediakan. Kalau story telling ni dah memang makanan abam.

Sebenarnya rahsia terbesar ebook ni terletak pada 100+ template ni. Tengok pada yang abam tandakan merah pada gambar. Abam beli sebab template ni sahaja. Bukan sebab ebook dan bukan sebab template yang lain. Sebab abam meniaga produk macam ni. Sila klik gambar untuk besarkan.

review ebook menulis storytelling

176 Template Ikut Jenis Bisnes

Cuma jangan haraplah abam share storytelling produk gini di fb. Abam gunakan blog sebab boleh mix copywriting + storytelling + seo untuk proses mendidik perasaan dan emosi pelawat supaya buat tindakan apabila sampai ke blog abam.

Dah jumpa blog abam, takyah cari blog lain dah..

Haa macam tu sekali cara promosi..

So macam abam cakap tadi

“Sentiasa ada room for improvement”

Dan ia tidak sia-sia kerana dalam template ni ada 10 page yang merangkumi skrip dan contoh status update.

Setiap status update tu pula duduk dalam 4 jenis emosi

– Emosi Kelakar
– Emosi Marah
– Emosi Sedih
– Emosi Takut

Itu baru satu jenis bisnes yang abam boleh improved, malah banyak lagi bisnes yang abam boleh tambah baik salescopy supaya lebih convert, dengan adanya 100+ template ni.

Contohnya abam sedang memperluaskan biz seo dan anything related to website optimization. Abam tak sentuh sangat pasal design, tapi more kepada “buat improvement” dalam service ni.

Banyak perkara yang abam belajar dan boleh olah kepada bisnes sedia ada abam. Dan korang pun abam rasa sama juga, sentiasa nak tambah baik skill dan ilmu supaya bisnes yang diusahakan dapat di maksimumkan keuntungan.

Contoh website anda ada 5-10 pelawat sehari, biar template – template ini bantu convertkan jadi pelanggan kepada sekurang – kurangnya 1 pelanggan.

Kalau service buat website, 1 pelanggan sehari dah kira best derr.. sama juga untuk ejen insurans kalau dapat 1 orang sehari dah boleh dapat reward haji dan umrah free ditanggung syarikat..

Kalau tanya pendapat abam tentang ilmu didalam ebook ni, ia sangat bernilai tinggi. Ilmu dia adalah pecahan copywriting. Maknanya ilmu dia sedikit sahaja. Tetapi teknik kecil dan sedikit ni dah beri pulangan beribu-ribu lemon pada abam.

Sebabnya abam dah guna teknik storytelling di blog dah lama benar. Contohnya apabila abam kongsikan testimoni mencuba sendiri sesuatu produk. Testimoni abam takde siapa pun boleh tiru sebab abam akan come out dengan testimoni sebenar. Kalau dalam english orang panggil istilah dia adalah “honest review”, maknanya review abam takkan sokong 100% seperti yang diceritakan sebagai kebaikan produk.

Namun kadangkala ada perkara yang tidak diceritakan seperti seller nyatakan yang produk tiada kesan sampingan. Kesan sampingan sementara pasti berlaku tanda yang produk yang dimakan sedang bekerja membersihkan toksik didalam badan. Dan abam come out pulak dengan “pantang” yang mesti dielakkan semasa mengambil produk ini.

Orang boleh berfikir..

Kalau seller boleh ceritakan pantang semasa makan produk, dah tentu seller dah pun guna sendiri. Makna statement abam tentang test dulu baru jual memang ‘boleh pakai’ masa menjual. Antara perkara yang abam belajar dengan Tuan Iffat Salleh, designer salespage SEO Algo Fixed, ini telah berkongsi tentang perkara yang kita nak mereka admit.

Maksud beliau, walaupun kita problogger dan tak buat kesilapan tu, tetapi dalam nak menjual kita kena tulis seolah-olah kita pun masih buat kesalahan tu.

Benda ni bukan untuk kita. Tujuannya untuk buat pembaca terasa. Terasa yang apa mereka sedang buat tu adalah salah.

Contoh seperti copy paste artikel orang lain dan berharap dapat ranking tinggi di Google.

Saya memang tak buat, tetapi bila ia kena pada target audien yang masih copy “pasta” artikel orang lain menjadikan mereka sedar yang itu takkan berkesan untuk ranking tinggi. Dan ia menimbulkan interest sebab pelanggan nak beli.

Abam terkejut juga kerana seseorang yang berpangkat Dato hubungi abam bertanyakan tentang teknik seo algo fixed, adakah ia sesuai untuk beliau yang “suka – suki” berblog tetapi kebanyakkan isi blog beliau di copy dari website lain.

Dato pun main adsense.. lol

So dari situ abam cepat tangkap dari apa yang beliau sarankan tentang mencari kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemain seo dan blogger. Dari situ abam tahu, apa yang Tuan Iffat ajarkan memang perkara benar.

Setiap Produk, Adaptasinya Berbeza

Seperti produk nak jadi strong men kenalah test power dulu. Baru senang nak cerita. Sebab dalam penceritaan tersebut abam sentuh perkara – perkara yang tiada dalam paper. Tiada dalam sales copy pengeluar produk. Itu menjadikan honest review abam memang real review dan bukan dibuat – buat. Kalau review anda sama je seperti apa yang ditulis dalam salescopy, ramai seller buat perkara sama.

Bila orang google sesuatu produk tu, info yang sama je di setiap website. Tetapi bila mereka dah baca website abam, mereka terpana. Mereka terasa sedang melakukan kesalahan. Dan ia tak sama dengan website lain yang menjual produk sama. Dan jualan lebih banyak singgah di wasap abam.

Dan review abam tentang “ebook menulis story telling” ni, penulis harus diberi pujian. Walaupun ilmunya advanced, tapi yang bagusnya penulis menerangkan secara terperinci tentang teknik ini. Ditambah dengan 100+ template ready made dalam Bahasa Malaysia untuk berbagai bisnes dan services, sekali lagi abam memang puji.

Yep, beliau berjaya terangkan secara terperinci bersama 100+ template yang sedia digunakan untuk close deal dengan lebih ramai pelanggan. Sebab itu penulis harus diberi pujian diatas penghasilan ebook dan template ini.

Okey review ebook menulis story telling ni panjang lagi, anda okey ke?

Kemudian abam nak sentuh penambah baikkan yang abam rasa sangat bersesuaian. Sebabnya teknik story telling yang diajarkan oleh penulis ebook ini menyentuh kepada “Brand Awareness” iaitu berfungsi untuk biar pembaca sendiri yang pm nak tahu produk. Anda tinggal entertain mereka dengan jawapan yang mereka nak tahu sehingga berjaya jual.

Btw abam ada bonus yang nak diberi kepada anda yang berminat nak dapatkan ebook ni. Bonus tersebut merupakan Video Tutorial Teknik Double Barrel.

Kenapa Abam Nak Beri Bonus Teknik Ni?

Sebabnya abam dapati cara abam lakukan didalam Teknik Double Barrel adalah apart of apa yang disebutkan sebagai Teknik Bina Brand Awareness yang ditunjukkan didalam Ebook Cara Menulis Story Telling.

Kalau Ebook ni mostly teori sahaja, tetapi Teknik Double Barrel tunjukkan cara nak implement perkara ini di facebook personal dan fb group. Dan kenapa ia di beri nama Double Barrel kerana perlaksanaannya adalah 2 Action dan melalui kaedah “Hacked” Facebook Algo.

Kalau anda perasan, anda like atau komen status seorang kawan di fb. Lepas tu anda scroll, anda akan lihat status yang lain kemudian pada status ke 3 akan keluar status rakan yang pertama anda like tadi.

Ini merupakan facebook algo, tujuan facebook buat begitu adalah untuk mengkaji interest anda dengan lebih mendalam lagi. Dari situ ia dapat menentukan banyak perkara. Sebagai contoh dalam status pertama ada menyebut wordpress dan anda klik like.

Dalam status kedua rakan tersebut bercerita tentang website developement, dan klik like juga. Dari situ facebook mendapat data tentang anda dan rakan tersebut. Rakan tersebut mungkin otai dan mempunyai banyak follower. Dan anda pula, walaupun tidak pernah tulis status update tentang wordpress dan website developement, masih akan menjumpai iklan berkaitan wordpress dan web dev.

Sekarang Nampak Tak Algo FB Ni Macam Mana?

Dan abam “ala-ala” hacked la algo fb ni supaya ia dapat dimanfaatkan. Anda tidak perlu buat posting 9x sehari di facebook personal, semata – mana nak naikkan brand awareness.. Sebaliknya 2 posting sehari dah mencukupi. So takdelah abam melalot cerita dalam kelambu pun nak update, cerita siapa betul siapa salah pun nak update. Sebab nak penuhi 9x update setiap hari.

Anda mungkin nampak kesan baik melakukan 9x update setiap hari. Tapi lama kelamaan habis ilmu anda nak kongsi sehingga cerita dalam kelambu pun dijaja ke facebook.

So teknik double barrel ni merupakan teknik membina brand awereness di facebook melalui update berkualiti yang orang suka share berbanding update status yang bukan – bukan. Akhirnya ramai yang abam tengok dah bersara dari update 9x sehari. Ada antaranya terus senyap sebab penangan haters, caci keji yang diterima menyebabkan kerja di social media boleh jadi sangat mencabar.

Namun bila anda set untuk menjadi orang tahu memberi, suka share ilmu. Dari situlah sebenarnya konsep brand awereness ni jadi kenyataan. Untuk info, abam brandkan diri sebagai Pakar SEO Malaysia menggunakan facebook sepenuhnya dan bukan di blog.

Dan ia dilakukan dengan jayanya menggunakan facebook.

Oklah tutup cerita pasal abam.. sekarang abam nak terangkan bagaimana bonus teknik double barrel abam ni dapat bantu kalian yang nak tajamkan skill. Bila abam baca ebook menulis story telling ni abam terus faham sebab memang sedang lakukan sehari – harian.

Review Ebook Story Telling Dan Bonus

Review Ebook Story Telling Dan Bonus

Kalau untuk pembaca blog abam, korang boleh dapatkan ebook ni sebagai “Manual” untuk korang fahamkan asasnya terlebih dahulu. Manakala Bonus Teknik Double Barrel menunjukkan cara bagaimana untuk nak laksanakannya. Dan kesan dari penggunaan teknik double barrel, jangan terkejut panggilan otai, sifu dan sebagainya sampai pada diri anda. Itu bermakna anda telah berjaya kuasai teknik story telling dan dapat mengaplikasikan seperti teknik double barrel.

Harga Ebook Menulis Story Telling pada masa abam tulis ni adalah RM127.

Manakala Teknik Double Barrel harganya RM190.

Anda boleh dapatkan kedua-duanya dalam 1 harga iaitu RM127 apabila anda beli Ebook Menulis Story Telling ini.

Harga mungkin telah naik lagi, kalau tak caya boleh semak harga disini.