Cara Intip Pesaing Anda Di Google Dan Buat Keyword Research Secara Percuma | SEO Algo Fixed

Ingin Belajar SEO?

SEO adalah satu kaedah dalam mendapatkan pelanggan secara percuma melalui Google. Jangan lupa semak pada panduan kami yang diberi nama SEO Algo Fixed. Gunakan kupon SPECIALOFFER untuk dapatkan diskaun sebanyak RM20.

| cara buat keyword research

Cara Intip Pesaing Anda Di Google Dan Buat Keyword Research Secara Percuma

 

Assalamualaikum & Salam Hormat

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda 2 tools percuma untuk memudahkan proses membuat keyword research dan juga satu lagi tools yang boleh digunakan untuk intip pesaing anda.

 

Dalam video yang pertama ini, saya tunjukkan cara untuk spy pesaing anda di Google. Untuk pengetahuan anda, kedua – dua tools yang akan digunakan ini merupakan Extension untuk browser Firefox dan Google Chrome. 

Untuk tools pertama, saya menggunakan Extension yang diberi nama SEO Quake. Seingat saya, mula – mula menggunakan seo quake adalah masa tahun 2009 lagi. Masa tu saya gunakan ia untuk spy backlink pesaing dan saya buat backlink ditempat sama pesaing buat backlink.

| cara buat keyword research

Mungkin sebelum ini, saya tidak banyak menyentuh perihal backlink kerana untuk Google SEO, backlink bukan perkara utama. Ia banyak berkait dengan social network untuk membolehkan Google secara instant menilai kualiti sesuatu artikel yang dihasilkan melalui interaksi pelawat dengan content yang anda hasilkan.

Namun menurut Brian Dean dari Backlinko, beliau menyatakan yang website yang onpage dah power tetapi tiada sebarang backlink biasanya takkan ranking tinggi. Manakala website yang ada backlink dari social network akan rank lebih tinggi dari website yang tiada backlink langsung.

Dan terakhir, website yang mempunyai berbagai backlink dari berbagai website dan social network, akan rank lebih tinggi dari website yang ada backlink dari social network sahaja.

Jadi backlink merupakan perkara yang penting.

| cara buat keyword research

Walaupun Google telah nyatakan yang blog comment dan forum profile tidak lagi menyumbang kepada faktor ranking di Google, namun Yahoo dan Bing masih lagi mengambil kira backlink dari blog komen sebagai faktor ranking. Jadi pembuatan backlink pada blog comment akan membantu anda dapat pelawat dari Yahoo dan Bing.

Cuma kaedah bina backlink menggunakan automation tools yang tidak Google sukai. Jika anda buat kaedah seperti yang saya ajar ini, buat backlink secara manual; ia mempunyai beberapa kebaikan.

  • Elak komen di label sebagai spam terutama jika menggunakan automation tools
  • Kerja secara manual “tak kantoi” buat backlink

Kenapa tak kantoi?

Google nak sesuatu backlink diberi sendiri oleh pemilik website yang satu lagi. Bukannya kita pergi buat backlink dari website orang. Sedangkan hakikat sebenar backlink adalah bertentangan dengan kehendak Google.

Jadi jika dalam sehari 1000 backlink dihasilkan, itu kantoikan diri sendiri namanya.

Seterusnya kita nak masuk kepada video kedua iaitu video yang paling ditunggu – tunggu. Cara buat keyword research secara percuma.

Keyword Everywhere pula merupakan satu tools yang tidak asing sebenarnya. Akan tetapi melihat kepada perkongsian saya sebelum ini dalam SEO Algo Fixed course, ramai yang tidak sedar akan potensi sebenar keyword everywhere ini.

| cara buat keyword research

Seperti sedia maklum, saya ada kongsikan kwfinder alternative. Saya telah sarankan penggunaan UberSuggest dari Neil Patel dan juga Keyword Everywhere. Hasil perbincangan member group, mereka melihat UberSuggest lebih baik kerana ia ada menyerupai KwFinder.

Tanpa mereka sedar yang sebenarnya, cara buat kajian keyword paling power adalah dengan menggunakan Adwords Keyword Planner + Keyword Everywhere Extension.

Adwords Keyword Planner adalah keyword tools yang digunakan oleh Google Advertiser untuk beriklan. Segala keyword tools yang ada didalam pasaran, semuanya menggunakan data dari Keyword Planner ini.

Dulu sebelum adanya apa – apa keyword tools, kami menggunakan keyword planner yang merupakan percuma. Masa tu ini sahaja pilihan yang ada. Jika ada pilihan seperti Moz dan SEMRush, harganya agak tinggi dan tidak mampu dimiliki.

Namun beberapa tahun lepas Google telah menutup banyak data termasuklah jumlah carian sesuatu keyword. Dan dari situ ramai orang mula beralih kepada paid keyword tools. Suka atau pun tidak.

Dengan adanya keyword tools seperti keyword everywhere ini, ia sangatlah membantu dan memudahkan kerja – kerja seo anda kelak.

Reference

SEO Quake

SEO Quake adalah Firefox dan Chrome Plugin yang berfungsi untuk salurkan data tentang pesaing anda di Google.

SEMRush

SEMRush adalah penyedia data untuk SEO Quake.

Baca Lagi >>

Keyword Everywhere

Keyword Everywhere merupakan Firefox dan Chrome plugin bagi tujuan melihat jumlah sebenar carian sesuatu keyword.

Baca Lagi >>

Keyword Keg

Keyword KEG adalah penyedia data keyword untuk Keyword Everywhere

Baca Lagi >>

Adwords Keyword Planner

Adwords Keyword Planner adalah sumber asal bagi semua data dari setiap keyword tools diatas. Ia merupakan platform keyword tools untuk pengiklan Google.

Baca Lagi >>

SEO Algo Fixed

SEO Algo Fixed Adalah Video Panduan Cara Buat SEO Untuk Dapatkan Pelawat Percuma Dari Google.

Baca Lagi >>